Syahreeeeena’s

Just another WordPress.com weblog

Kerja Kemasyarakatan. July 9, 2010

Filed under: Uncategorized — syahreena @ 2:44 am

Masih saya ingat kerja kemasyarakatan yang saya buat pada tahun lalu. Saya adalah pembimbing untuk kem “Tripod” yang diadakan setiap tahun. Kem itu dianjurkan untuk sekolah sekolah “elite” and yang “tidak elite” untuk bersamaan dan membuat pekerjaan kemasyarakatan dan juga  menunjukkan bahawa tiada perbezaan  antara “elite” and “non-elite schools” Sekolah seperti Raffles, SCGS, Hwa Chong, Crescent, Bukit View & New Town. Murid- Murid Maktab Rendah dan Politeknik juga termasuk. Apa yang menarik ialah kem ini dianjurkan oleh murid murid yang pernah menjadi peserta kem ini.

Untuk tahun yang lalu, semua peserta, pembimbing dan guru mengumpulkan surat khabar yang telah dipakai di daerah Jurong East. Pekerjaan itu bukan kerja yang mudah kerana kami mengetuk pintu ke pintu untuk megumpulkan surat khabar itu. Setiap kumpulan diberikan 3 block untuk megumpul. Secara jujur, pekerjaan itu bukan sesuatu yang mudah dan agak mencabar. Walaubagaimanapun, pengalaman itu menarik kerana saya dapat berjumpa dengan ramai orang dan membuat kawan baru.